Ujana ilmu ditubuhkan sebagai saluran kepada penulis dan penerbit sastera di Malaysia untuk mencapai khalayak mereka. Menampilkan buku-buku yang jarang ditemui di kedai buku. Kebanyakan hasil karya penulis-penulis yang berpotensi tetapi memilih untuk menerbitkan buku-buku mereka sendiri. Penulis yang berminat untuk menjual karya atau buku mereka boleh menghubungi Ujana Ilmu untuk memasarkan buku mereka. Ujana Ilmu sentiasa menambah koleksi untuk memudahkan pembaca mencari buku yang mereka inginkan.
Mana-mana
individu boleh menghebahkan aktiviti sastera di ruangan yang disediakan dengan
menghubungi webmaster@ujanailmu.com.my
Ujana
Ilmu mengumpulkan pelbagai karya dalam bidang penerbitan di laman web mereka.
Selain itu, organisasi ini juga menawarkan buku-buku terpilih untuk pembaca.
Laman web ini juga memberi ruang kepada peminat dunia sastera untuk mendapatkan
maklumat tentang sastera tanah air. Ujana Ilmu juga bercadang untuk menjadikan
laman web ini sebagai tempat berdiskusi dan forum antara peminat sastera
dan penulis.
HADIAH SASTERA UTUSAN |
Antara
jenis buku yang dipasarkan di laman web Ujana Ilmu ialah buku-buku berunsur
keagamaan, biografi penulis-penulis sastera, fesyen, Koleksi Buku Hamka, kanak-kanak,
kumpulan cerpen, novel, puisi, resepi, pendidikan dan lain-lain.
Laman
web ini memudahkan pencarian koleksi buku penulis dan direktori penulis sastera
seluruh Malaysia dan luar negara. Sebagai contoh, penulis tersohor A. Samad
Said, Aminah Mokhtar, Azizi Hj. Abdullah, Habiburrahman El Shirazy dan
lain-lain.
Bagi
pembaca yang mencari buku-buku keluaran baharu, mereka boleh mendapatkan
maklumat terkini di link yang disediakan http://www.ujanailmu.com.my/new_products.cfm
Cara
pembelian buku sangat mudah dan efisien. Dalam laman web ini juga disertakan
testimonial pelanggan yang telah berurusan dengan pihak Ujana Ilmu bagi proses
pembelian buku secara dalam talian. Kebanyakan komen yang diberikan adalah amat
memberangsangkan.