BIJAKSANAKAH
AWANG SI MALIM?
Awang Si Malim
memaparkan kebijaksanaan seseorang dalam sebuah watak merangkumi pelbagai aspek
dalam kehidupan. Kebijaksanaan ini diberikan kepada watak Awang Si Malim untuk memberi pengajaran kepada masyarakat tentang bagaimana
untuk memilih guru yang alim dan teman bestari. Kebijaksanaan merupakan kepandaian
menggunakan akal fikiran dan kecekapan berfikir.
Kebijaksanaan Awang
Si Malim boleh dilihat melalui sifatnya yang celik akal, seorang yang rajin
dan mudah belajar sesuatu perkara. Kebijaksanaannya turut dipamerkan melalui
sifat santun dan peribadi yang molek menjadikan sesiapa sahaja yang melihat
tertarik dan ingin mendekati Awang Si
Malim.
Awang Si Malim
juga menunjukkan kebijaksanaannya dengan menguji anak-anak gadis supaya memasak
uncang yang bercampur beras, garam dan jagung yang dibekalkan oleh ibunya
dibawa mengembara untuk mencari teman bestari.
Kebijaksanaan Awang
Si Malim juga boleh dilihat apabila dia sudah lama mengembara namun masih
belum berjumpa guru yang alim. Dia teringat pesan tuk guru untuk menguji guru
yang dijumpainya supaya menyembelih telur ayam sekiranya dia ingin tahu guru
tersebut layak menjadi gurunya.
Awang Si Malim
juga bijaksana apabila memilih sebuah rumah sederhana yang didiami sebuah
keluarga yang baik hati. Awang Si Malim
juga mengetahui bahawa tuan rumah itu berilmu berdasarkan kitab-kitab yang
terdapat di dalam rumahnya.
Oleh yang demikian, jelaslah bahawa watak Awang Si Malim menunjukkan bagaimana
seseorang perlu merantau untuk mencari ilmu dan pengalaman dalam hidup, bak
kata pepatah, jauh perjalanan luas pemandangan. Apabila kita berusaha dengan
tekun dan sabar, maka kita beroleh kejayaan dan dihajati akan terlaksana.
Filem Musang Berjanggut arahan P.Ramlee antara filem yang memaparkan beberapa babak yang sama dalam kisah sastera rakyat Awang Si Malim.
Sumber video : Youtube
https://www.youtube.com/watch?v=MyW5o6l-fsY
Sumber video : Youtube
https://www.youtube.com/watch?v=MyW5o6l-fsY