Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Mungkin ramai yang masih tidak tahu tentang kewujudan muzium sastera yang terletak di Melaka. Muzium ini terletak di dalam Kompleks Muzium Stadhuys.
Muzium ini dibina untuk mempamerkan dan menggalakkan penghayatan masyarakat terhadap perkembangan dunia sastera dari dahulu hingga sekarang. Selain itu, untuk memberikan penekanan kepada sejarah penulisan bermula dari awal penulisan Cerita Rakyat, Sejarah Melayu dan Hukum Kanun Melayu sehingga ke perkembangan Kesusasteraan Melayu Moden.
Pameran di muzium ini memberi fokus kepada tokoh-tokoh sasterawan dari Melaka bermula dari zaman Kesultanan Melayu Melaka sehinggalah zaman selepas kemerdekaan. Antara tokoh yang dinyatakan ialah Tun Sri Lanang (era Kesultanan Melayu), Munshi Abdullah (zaman transisi barat), Syed Sheikh Al-Hadi (zaman reformasi Islam sebelum merdeka)dan Datuk A. Samad Said (tokoh zaman selepas kemerdekaan) dan beberapa penulis Melaka.
Bahan-bahan pameran terdiri daripada lukisan yang menunjukkan peristiwa penting berdasarkan Sejarah Melayu serta beberapa koleksi naskah manuskrip asal tulisan tangan dari seluruh dunia.
Penulisan berbentuk tradisional merangkumi pantun, gurindam, nazam dan puisi juga turut dipamerkan di muzium ini.
Harga tiket :
Dewasa = RM5
Kanak-kanak = RM2
Perkara yang paling menarik tentang tiket ini adalah pengunjung boleh memasuki 5 muzium dan 1 galeri dengan menggunakan satu tiket.
- Muzium Sejarah dan Etnografi
- Muzium Pendidikan
- Muzium Sastera
- Muzium Yang Di-Pertua Negeri Melaka
- Muzium Pemerintahan Demokrasi
- Galeri Cheng Ho
Waktu operasi adalah dari jam 9 pagi hingga 5.30 petang (Isnin - Ahad)
No. Telefon : 06-2841934
Laman web rasmi : http://www.perzim.gov.my/ms/portfolio/museum-of-literature/
No comments:
Post a Comment