Nor
Atiqah binti Nor Azizan
JQB170004
Bincangkan aktiviti penulis di blog atau laman sosial.
Penulis blog yang saya pilih ialah penulis tersohor Nisah Haji
Haron atau nama penanya, Nisah Haron. Beliau merupakan seorang
peguam dan penulis buku di Malaysia. Namun kini, beliau telah bersara daripada
pekerjaan sebagai peguam dan memilih untuk menjadi penulis sepenuh masa. Beliau
dilahirkan pada 20 April 1973 di Seremban, Negeri Sembilan. Beliau merupakan
anak sulung daripada dua orang adik-beradik dan telah mendirikan rumahtangga
pada tanggal 22 Januari 2000 serta mempunyai tiga anak perempuan.
Beliau pernah bertugas sebagai
Peguam Syarie di Negeri Sembilan dan mempunyai firma guaman sendiri iaitu Nisah
Haron & Co. Selain itu, beliau menjadi penulis separuh masa dengan menulis
karya kreatif, ilmiah dan rencana. Beliau telah dikurniakan Pingat Masyarakat
Cemerlang (PMC) oleh DYMM Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan sempena Hari
Keputeraan ke-84 pada 19 Julai 2006.
Beliau
juga pernah menjawat jawatan Setiausaha Kehormat Jawatankuasa Peguam Negeri
Sembilan (2001-2003), AJK Persatuan Penulis Negeri Sembilan (PEN), AJK Kecil
Sekretariat Penulis Muda Gapena - Negeri, Perantara rancangan GAPURA UJANA
(wadah rasmi PEN di Radio Malaysia Negeri Sembilan mulai Disember 2002 hingga
sekarang.
Beliau juga adalah pengasas kedai buku dalam talian,
UJANA ILMU. Tujuan utama beliau mengasas kedai buku ini adalah bagi menyediakan
buku-buku berkualiti agar mudah untuk pembeli membelinya secara dalam talian.
Beliau
juga merupakan seorang penulis yang sangat aktif dalam dunia laman blog yang
beralamat http://annyss.blogspot.my/. Blog beliau
sentiasa dikemas kini dengan pelbagai berita dunia sastera Melayu dan juga luar
negara. Malah catatan travelog beliau ke luar negara turut dimuat naik ke dalam
laman blog.
Berikut anugerah penulisan terkini yang beliau rangkul sepanjang karier bergelar penulis dan beberapa anugerah lain yang boleh kita ketahui melalui laman blog beliau.
1. Hadiah Sastera Perdana
Malaysia 2015/2016 : "Desibel Iman" (kategori cerpen eceran)
2. Anugerah Sastera &
Media Negeri Sembilan 2015
3. Kategori Cerpen Eceran:
"Cinta Pigafetta", Mingguan Malaysia, 28 November 2015
4. Kategori Esei dan
Kritikan Eceran: "Amanah Selepas Anugerah dan Hadiah", Dewan Sastera,
September 2015
5. Hadiah Sasterawan Muda
MASTERA 2017, 11 September 2017, Jakarta, Indonesia
6. Anugerah Buku Negara
2017: Kategori Kumpulan Cerpen - Cinta Sangkuriang Rindu Oedipus (ITBM, 2016)
7. Anugerah Sastera &
Media Negeri Sembilan 2015
8. Kategori Cerpen Eceran:
"Seorang Nadim pada Waktu Subuh", Berita Harian 2013
9. Kategori Kumpulan Cerpen:
Rindu Seorang Rafik
10. Kategori Esei dan Kritikan Eceran:
"Membina Laluan Sastera Kuala Lumpur - Sastera Sebagai Mercu Tanda
Pelancongan" Dewan Sastera, September 2014
PERBINCANGAN
Jika
kita menelusuri laman blog penulis Nisah Haron kita berpeluang mengetahui serba
sedikit latar belakang penulis pada menu biodata penuh penulis. Melalui laman
biodata juga kita dapat melihat senarai kumpulan cerpen persendirian, novel,
buku cerita kanak-kanak, novel bersiri, buku bukan fiksyen, karya-karya beliau
yang pernah diterjemahkan seperti novel Pusaka Cendana, Lemang Nan Sebatang,
Kawan Baru Hanani serta Persidangan Agung Wanita Klasik. Melalui laman blog
beliau juga, kita dapat mengetahui semua jenis aktiviti sastera beliau di
Malaysia malah di luar negara seperti di China, Amerika Syarikat, Indonesia,
Jepun dan juga Melbourne.
Nisah
Haron juga antara penulis yang sangat aktif dalam menjalankan bengkel penulisan
dan ceramah-ceramah sastera serta penulisan kreatif. Ini menjadikan antara daya
penarik beliau yang begitu rapat dengan masyarakat melalui wahana sastera. Saya
sendiri juga pernah mengikuti beberapa kali bengkel dan seminar yang dijalankan
beliau, menjadikan beliau antara idola saya dalam dunia penulisan dan juga
sastera. Karya cerpen saya juga pernah dibedah oleh Nisah Haron dan menjadi
salah satu karya yang paling berharga yang saya miliki. Para pelawat blog boleh
melihat sendiri begitu banyak bengkel dan seminar yang dilaksanakan beliau
sepanjang masa. Minat dan kesungguhan beliau dalam dunia penulisan tiada
batasnya.
Selain
itu, kita juga dapat menelusuri catatan kembara beliau ke beberapa buah negara
dalam misi meneladani dunia sastera luar negara seperti Itali dan Paris, UK dan
Dublin, Ranah Minang, Medan, Kembara Riau, Shanghai China dan juga Palembang.
Beliau memudahkan carian catatan beliau dengan menyediakan link setiap catatan
dalam satu laman sahaja. Ini memudahkan para pelawat untuk turut bersama
mengembara melalui catatan beliau.
Terdapat
juga link menu senarai buku-buku yang diterbitkan dan ditulis oleh beliau malah
menjual buku-buku sastera dalam laman ujana ilmu. Setiap buku disertakan gambar
kulit buku dan sinopsis pendek untuk pelawat. Malah di bahagian kanan laman
blog turut disertakan capaian catatan paling popular bagi memudahkan carian
yang lebih baik dan bernas. Beliau juga turut menyenaraikan karya-karya beliau
setiap tahun semasa.
KESIMPULAN
Penulis
Nisah Haron antara penulis mapan yang bergiat aktif dalam dunia sastera melalui
laman blog. Karya dan hasil tulisan beliau hingga kini begitu mendapat sambutan
dari semasa ke semasa dan menjadi bahan rujukan utama dalam dunia penulisan.
Laman sesawang Ujana Ilmu hingga kini semakin dikenali ramai dan antara laman
web pembelian buku yang terlaris.
Sumber gambar: http://mukasurat.my/2017/09/11/nisah-haron-terima-hadiah-sasterawan-muda-mastera-2017/